Wednesday, March 11, 2009

Memali


Kau membaca buku tentangnya. Memali. Peristiwa berdarah. Tentang kesyahidan. Tentang kemuliaan.


"Celaka!! Celaka mereka yang menderhaka kepada Tuhan dan membuat Dia murka!!"


Juga kisah isterinya yang setia. Tabah sebagai mujahidah. Tersenyum gembira saat suami gembira ke syurga. Kau sematkan dalam jiwa. Kau juga mesti syahid. Walaubagaimanapun. Mesti. Kau membelek buku. "100 tahun memperingati Hassan Al-Banna". Syahid. Mursyidul Am Mustapha Masyur. Beliau juga syahid. Kau teringin sangat menjadi sepertinya.

Teringat kau akan satu janji Allah.

"Allah membeli daripada orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan syurga.."

Kau bulatkan tekad. Kau akan berjuang membela agama. Berusaha melindungi umat islam. Kau berkira-kira tahun kehidupanmu. Kau terus merenung. Terus membaca. Kerana kau tahu ilmumu akan membantumu untuk itu..

1 comment:

LOO (o_o) said...

Al-Fatihah buat as-syahid ibrahim libya..saya pun pernah terbaca peristiwa berdarah memali.moga Allah membalas perbuatan terkutuk mereka.adik kpd as-syahid,hj ismail libya telah meninggal dunia minggu lepas,kediaman Allahyarham berdekatan rumah saya.Al-Fatihah