2018, masa tambahan survival Ph.D
7 years ago
Seandainya dosa itu berbau, nescaya aku akan dipinggirkan oleh seluruh penduduk dunia kerana busuknya dosa-dosaku..
Di sebuah negeri..
"Mengapa aku akan menyembah tuhan-tuhan selainNya? Jika Yang Maha Pengasih mengkehendaki bencana terhadapku, pasti pertolongan mereka tidak berguna sama sekali bagi diriku dan mereka tidak dapat menyelamatkanku."
Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui..


"Setiap anak adam itu berdosa, dan sebaik-baik yang melakukan dosa adalah mereka yang bertaubat"
Aku terus menangis.
Aku meluahkan semuanya.. semuanya.. sedih amat. takut. berdosa.
Dosa aku terlalu banyak. Setinggi gunung, seluas laut.
"Rabbi, terimalah rintihanku.."
Sejadah.. Basah dengan air mata..yang mungkin nilainya lebih dari permata..
Aku tenang dalam sujud..
Dan kini..
Aku amat rindukan malam..
"Dan orang yang takut saat menghadap Tuhannya ada 2 syurga.Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"