Saturday, December 13, 2008

..........


Ya Allah..

Bukanlah aku ingin menjadi hambaMu yang tidak erti akan syukur..

tapi aku hanya mahu mengadu.. yang aku pasti tidak mampu..

dibakar dalam apiMu.

mendengar jerit pekikku sendiri yang terlolong menderita.

disiksa dalam kesunyian dan kegelapan..

dibakar, dipotong dan diremukkan..

pedih sangat..

ampunilah aku..

Ya Allah,

Jadikanlah aku hanya daun di ranting.

agar tidak lagi ada dosa kepada Tuhanku.

yang menyalahi janjiku.

malaikat tidak membenciku..

tidak ada lagi yang melukakan hati ayah n ibuku yang menangis keranaku..

tidak ada yang terhina, terasa, benci akan kerendahan akhlakku..

bau busuknya dosaku..

Jadikanlah aku daun,

yang sentiasa dapat bertasbih kepadamu..

apabila dipandang manusia, sentiasa menyejukkan mata..

membantu dalam menghirup nikmat nafasmu..

pasti tidak akan ingkar..

tunduk sentiasa patuh..

yang membuatkan tenang setiap yang tersenyum..

walau nanti gugur..

tetap terus menghiasi alam..

Pasti tidak diazab..

Ya Allah..

ampunilah aku..

kerna ku tahu..

rahmatMu mengatasi kemurkaanMu..

Allah..


Wednesday, December 10, 2008

7: Yang Terjadi

"Ketahuilah bahawa di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika baik ia, maka baiklah keseluruhannya. Jika buruk ia, maka buruklah keselurukannya. Ketahuilah bahawa ia adalah hati.."-Hadis

"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras..

Raja itu menangis... Keras. Kaku.
Hadirlah si penari-penari, serba hitam. Serba gelap.. mengelilingi penuh loba.

Tiada nur yang hadir bertamu, kerana tempatnya suci. Laita gelap begini..

ArggghHH!! bukan ini yang ku mahu.. uhue..
kalbu terus merintih.

Suara jerit hati ku ingkari. Aku ketepi. Terus tersenyum, nafsu yang menggoncang. Aku bahagia di sini.. bukan begitu?

Bahagia, iman.. duduk menjauh. Sepi. Merajukkan diri. Menangis..

"Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya..

Allah itu maha penyayang..

"Kembalilah, rahmat Allah sentiasa terbuka wahai akhi. Sucikan dirimu, bersihkan derapan langkahmu.."

"Ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya..

Hati itu tersenyum, terharu..
Pergi! Pergi segala..
Aku mahu kebaikanku kembali.. Kerajaan serta takhtaku.. Dulu yang yang tiada iri..

Wajah suci itu hadir, bersih..

"Ikutilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskannya".. Nabi tersenyum, bukan hanya untuk sahabat. Maka untuk segala umat..

"Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah..

Rebah, dosa-dosa semalam menghampiri.. Bara seakan di tepi.

Aku remuk. Aku hancur..

Menangis, terus menangis..

Lalu bersaksilah malam, akan jiwa yang tersedu sendiri...

Dan Allah tiadalah lengah terhadap apa yg kamu kerjakan.."


Maka benarlah firmanNya. Teranglah Al-baqarah 74. Terang bersama penghidupnya.