Monday, July 20, 2009

13: Bersama..

Tenggelam dalam rasa.. Hanyut tanpa bicara..

Syahdu itu sentiasa menjadi tika mengusik jiwa kalbu..

Yang lalu tersenyum selalu, santainya mengusik..

Maka pudarlah bibit rindu, sejeda..

Aku ingin bersama mereka..
Tenang, malah damai..
Jiwa yang redha, hati yang mendamba..
Seakan cahaya yang terang di kala siang..

Aku, rindukan mereka..
bangunan yang kukuh kuat tersauh..
Seakan malaikat dan bidadari yang menyinggah di bumi..
Hati yang berzikir penuh murni..

Mereka qurun yang terbaik, mereka qurun yang mulia..

Sejenak, hadir di depanku..
Wajahnya suci, redup.. tersenyum mesra..

"Anta, ma'a man ahbabta.."

Nabiku, cintaku..

Dia terus tersenyum..

Terjaga. Aku termenung. Membisu..

"Akhi, anta.. Ma'a man ahbabta.."

Kiasan dilakar lembut..

Aku rindukan mereka.., seakan ingin terus bersama.. selama-lamanya...

"Akhi, kembalikanlah.. mujahadah itu pahit, tapi hempedunya sebentar.. namun, manisnya selama-lamanya.." semangat dihulur ceria..

"Ubahlah, lenturlah.. hati di luar memerlukan enta ya akhi.. Cerahkan kembali warna yang kini mendung.. Agar sayu itu kembali... Bukankah begitu?

kembalikan masa dahulu, hingga nanti.. Satu hari nanti.. Ini tugasmu, amanahmu.."

Seandainya..

Kerisauan memancar di bening..

Lalu bahasa dikelukan.. Minta disingkirkan..

"Hidupmu pasti mulia.. di sini.. atau, akhi akan bersama mereka di sana.. Pasti, yang lebih bahagia, Selamanya-lamanya.. InsyaAllah.." Senyumannya kian manis..

Dunia direnung.. dan jiwa terus menemani.. Seakan irama sepi..

Seakan terdengar bisikan dari langit..

"Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul (Muhammad) maka mereka itu akan brsama-sama dengan orang yg diberikan nkmat oleh Allah, (yaitu) para nabi, para pencinta kebenaran, orang-orang yang mati syahid dan org-orang yg soleh. Mereka itulah teman yang sebaik-baiknyanya"-An nisak

Lalu hati menangis haru..

Sunday, May 24, 2009

12: Yang mulia..



"Dia hebat, cakapnya mantap.. kagum sangat.."

Hati berkelopak mekar.. Harum mewangi..

"Lilhatlah dia, senyumannya menawan.. Langkahnya jitu.."

Dikenali, disebut di serata tanah. Dikenali, nama yang didengari. Dikenali, Berasa dirinya tinggi. Dijulang selebar langit biru. Alangkah indahnya hidup begini, disesak dunia yang mencabar. Dia yang disedari.

Semua berlumba, menuju ke yang tertinggi. Bukan yang terbaik, yang tertinggi.

Bahagianya..

Namun..


"Siapa dia? Kenapa pakaiannya begitu.."

Seorang yang tidak dipandang. Sedang yang lain memakai sutera yang halus. Sedangkan yang lain, Tersenyum. Mereka ialah yang dahulu sering menunduk diri. Mungkin kelihatan hina. Mungkin kelihatan tidak semegah yang lain. Lidah yang sentiasa berzikir. Hati yang sentiasa memahami erti sebenarnya.

Sejuk..

Redup..

Nyaman..

Mereka yang mulia disinggahi mahligai keimanan yang disediakan. Mahkota cahaya ketaqwaan. Syurga yang memandang ketinggian..

Wajah mereka seakan hujan yang syahdu.. Pandangan yang kesabaran yang dibalas. Raut mereka seakan bayu yang tenang.. Rias ketabahan yang dahulunya sering meresahkan.. Salju yang menyamankan ini terus menyejukkan mata dan hati di sekeliling..


Dan di satu di situ.. bersendiri dia tidak dikenali, lagi..

Wednesday, March 18, 2009

Uhibbuka Ya Rasulullah..

11: Cerita

Aku terkenang sebuah cerita..

Di sebuah negeri..

Hadir 2 orang rasul. Yang menyeru menyembah Tuhan yang satu. Menyeru kepada mereka peminjam nikmat. Dusta! Mereka mendustakan petunjuk mereka. Alangkah malangnya mereka.
Maka hadir utusan ketiga. Menguatkan yang sedia ada.

Mereka keras kepala.

Mengapa kamu tidak beriman wahai penduduk negeri? Bukankah mereka itu rasulmu? Mengapa kamu mendustakan mereka dan ingin merejam mereka?

Habin An-Najjar, kau tergesa-gesa dari hujung kota. Bergegas memujuk kaummu. Berbanggalah dirimu.

"Mengapa aku akan menyembah tuhan-tuhan selainNya? Jika Yang Maha Pengasih mengkehendaki bencana terhadapku, pasti pertolongan mereka tidak berguna sama sekali bagi diriku dan mereka tidak dapat menyelamatkanku."

"Sesungguhnya jika aku (berbuat) begitu, pasti aku berada dalam kesesatan yang nyata."

"Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan-mu, Maka dengarkanlah (pengakuan keimanan)ku."

Dibunuh, alangkah cemburunya daku. Kau dibunuh dikala memperistanakan Imanmu. Aku amat mencemburuimu.

Dikatakan kepadanya,


"Masuklah ke syurga"
Dia laki-laki itu berkata, "Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui,"

"Apa yang menyebabkan Tuhanku memberi ampun kepadaku dan menjadikan aku termasuk orang-orang yang telah dimuliakan."

Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui..

Dgn syahdu, Dari Surah Yassin 13-22 aku menghurai. Dari 23-27 yang benar.

Tuesday, March 17, 2009

10: Baru


Nafas baru. Ghoyah dan Hadaf. Kembali mereka tersenyuum. Baru segar dari titisan embun bayu yang terus merintis. Selepas indahnya taubat.

Khalifah dan nafas?

Arahan, tangunggjawab serta nikmat yang tidak pernah dibayar walau sesaat. Bukan?

Terus berfikir tentang matlamat. Yang pasti dengannya akan memalsukan masa dan mengalahkan segala.

Khilafah. Kenangan yang hilang. Dan ini tujuan.

Wednesday, March 11, 2009

Memali


Kau membaca buku tentangnya. Memali. Peristiwa berdarah. Tentang kesyahidan. Tentang kemuliaan.


"Celaka!! Celaka mereka yang menderhaka kepada Tuhan dan membuat Dia murka!!"


Juga kisah isterinya yang setia. Tabah sebagai mujahidah. Tersenyum gembira saat suami gembira ke syurga. Kau sematkan dalam jiwa. Kau juga mesti syahid. Walaubagaimanapun. Mesti. Kau membelek buku. "100 tahun memperingati Hassan Al-Banna". Syahid. Mursyidul Am Mustapha Masyur. Beliau juga syahid. Kau teringin sangat menjadi sepertinya.

Teringat kau akan satu janji Allah.

"Allah membeli daripada orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan syurga.."

Kau bulatkan tekad. Kau akan berjuang membela agama. Berusaha melindungi umat islam. Kau berkira-kira tahun kehidupanmu. Kau terus merenung. Terus membaca. Kerana kau tahu ilmumu akan membantumu untuk itu..

Tuesday, March 10, 2009

9: Kini aku rindukan malam..


"Ketahuilah bahawa kemuliaan seseorang mukmin itu terletak pada qiamullail"

Di luar hanya diterangi sinaran-sinaran jingga..

Pohon hanya redup-redup..
Tenang, seakan dunia ini kosong. Kali.

Malam yang sunyi dan merenung.

"Setiap anak adam itu berdosa, dan sebaik-baik yang melakukan dosa adalah mereka yang bertaubat"

Aku terus menangis.

Aku meluahkan semuanya.. semuanya.. sedih amat. takut. berdosa.

Dosa aku terlalu banyak. Setinggi gunung, seluas laut.

Ampunkan aku Ya Allah..

"Rabbi, terimalah rintihanku.."

Sejadah.. Basah dengan air mata..yang mungkin nilainya lebih dari permata..

Aku tenang dalam sujud..

hanyut dengan rasa cinta..

Malam yang sunyi, aku tenang sekali.

Kali. kali. Kali.

Tenang.. Ya Allah.. Tenangnya..

Dan kini..

Aku amat rindukan malam..

"Dan orang yang takut saat menghadap Tuhannya ada 2 syurga.Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

Saturday, February 28, 2009

8: Antara 2 rasa


Di balik dosa.

Sejenak terfikir...

"Ada yang diuji dengan megah, malah ada yang dina. Begitu agama. Sememangnya di dada. Tapi ada yang dicari. Di mana-mana, yakinlah keadilan Allah meliputi.." ini bicara temanku. Manisnya.
Terus hanyut dalam diam.

Di mana hatimu pada 155nya Al-Baqarah?

''Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan sampaikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar"


Sabar? Asta'inu bIllah.. Allah..


Satu rasa.

Marjan mata jatuh lembut. mungkin tenang. Mahkota ibu dihenyak. Abi? dipinjam sebentar nyawanya. Tapi kenapa perlu ditendang. Ramainya..

Akhi, siapa mereka?

tegas, Nabi.

"Sesiapa yang tidak mengambil penting urusan kaum muslimin, bukanlah dari kalangan mereka"

Tersulam jiwa dengan kental. Yakinnya dibeli dengan syurga.

Mereka? Hamba Allah yang diuji dengan iman. Maruah dan darah. mayat beserta siksa.


Satu rasa.

An-nazi'at, kamu sudah mengingatkan..

"Maka adapun, orang yang melampaui batas
-37

dan lebih mengutamakan kehidupan dunia
-38

maka nerakalah tempatnya."
-39

Lilitiku denganmu. Indah.
Lazatnya telinga.
Jua dirimu, malah kalbumu.
Bebas, tiada perlu apa. Sekadar yang mahu. Jauhnya dera.

"Ini yang aku iring, nafsu yang sering aku nyanyikan.." Hati membenci diri.. Amat benci.

Sedangkan hanya ini. Dina yang terus nyata, malah menzahirkan.

Akhi, enta termasukkah?

"dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya."-40

"maka sungguh, syurgalah tempatnya."-41

ana menunggu enta ya.

lemahnya.. terus terkedu dalam syahdu..


Redup, darinya Allah. melalui surahNya Maryam, tenangnya 59, 60.

"Kemudian datanglah setelah mereka, pengganti yang mengabaikan salat dan mengikuti keinginannya, maka mereka kelak akan tersesat.

kecuali orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan kebajikan, maka mereka itu akan masuk syurga dan tidak dizalimi dirugikan sedikit pun."