Saturday, December 13, 2008

..........


Ya Allah..

Bukanlah aku ingin menjadi hambaMu yang tidak erti akan syukur..

tapi aku hanya mahu mengadu.. yang aku pasti tidak mampu..

dibakar dalam apiMu.

mendengar jerit pekikku sendiri yang terlolong menderita.

disiksa dalam kesunyian dan kegelapan..

dibakar, dipotong dan diremukkan..

pedih sangat..

ampunilah aku..

Ya Allah,

Jadikanlah aku hanya daun di ranting.

agar tidak lagi ada dosa kepada Tuhanku.

yang menyalahi janjiku.

malaikat tidak membenciku..

tidak ada lagi yang melukakan hati ayah n ibuku yang menangis keranaku..

tidak ada yang terhina, terasa, benci akan kerendahan akhlakku..

bau busuknya dosaku..

Jadikanlah aku daun,

yang sentiasa dapat bertasbih kepadamu..

apabila dipandang manusia, sentiasa menyejukkan mata..

membantu dalam menghirup nikmat nafasmu..

pasti tidak akan ingkar..

tunduk sentiasa patuh..

yang membuatkan tenang setiap yang tersenyum..

walau nanti gugur..

tetap terus menghiasi alam..

Pasti tidak diazab..

Ya Allah..

ampunilah aku..

kerna ku tahu..

rahmatMu mengatasi kemurkaanMu..

Allah..


Wednesday, December 10, 2008

7: Yang Terjadi

"Ketahuilah bahawa di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika baik ia, maka baiklah keseluruhannya. Jika buruk ia, maka buruklah keselurukannya. Ketahuilah bahawa ia adalah hati.."-Hadis

"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras..

Raja itu menangis... Keras. Kaku.
Hadirlah si penari-penari, serba hitam. Serba gelap.. mengelilingi penuh loba.

Tiada nur yang hadir bertamu, kerana tempatnya suci. Laita gelap begini..

ArggghHH!! bukan ini yang ku mahu.. uhue..
kalbu terus merintih.

Suara jerit hati ku ingkari. Aku ketepi. Terus tersenyum, nafsu yang menggoncang. Aku bahagia di sini.. bukan begitu?

Bahagia, iman.. duduk menjauh. Sepi. Merajukkan diri. Menangis..

"Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya..

Allah itu maha penyayang..

"Kembalilah, rahmat Allah sentiasa terbuka wahai akhi. Sucikan dirimu, bersihkan derapan langkahmu.."

"Ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya..

Hati itu tersenyum, terharu..
Pergi! Pergi segala..
Aku mahu kebaikanku kembali.. Kerajaan serta takhtaku.. Dulu yang yang tiada iri..

Wajah suci itu hadir, bersih..

"Ikutilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskannya".. Nabi tersenyum, bukan hanya untuk sahabat. Maka untuk segala umat..

"Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah..

Rebah, dosa-dosa semalam menghampiri.. Bara seakan di tepi.

Aku remuk. Aku hancur..

Menangis, terus menangis..

Lalu bersaksilah malam, akan jiwa yang tersedu sendiri...

Dan Allah tiadalah lengah terhadap apa yg kamu kerjakan.."


Maka benarlah firmanNya. Teranglah Al-baqarah 74. Terang bersama penghidupnya.

Thursday, November 20, 2008

6: Tika Ujian

"Aliif ~Lam Miim~

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?" -Al Ankabut 1 & 2


Dari kegelapan, menyilau emas kemegahan. Dari kemegahan, terserlah keangkuhan.

"Aku hanya ingin melihat kesenanganmu, aku hanya membantu mengisi kekosongan keinginanmu..

"Kau akan merasai nikmatnya memandang matanya, mendayunya suaranya. Kau akan mengerti cintanya. Terimalah tawaranku.."

Ini tidak pernah dibenarkan. Pintu ini tidak dibuka.

"Hanya sebentar, Allah itu Maha Pengampun"

Izrail menjeling..

"Kau akan menjadi mewah. Kekayaan pakaianmu, Dunia ini adalah mahkotamu. Hidup ini milikmu. Terimalah tawaranku.."

Ini bukan haqku. Hijab ini melindungiku.

"Hanya sebentar, Rabb itu Maha Pemaaf"

Malaikatul Maut merenung..

"Kau akan memerintah, bukan diperintah.. Kau diatas, hanya memandang.. milikmu kekuasaan. Terimalah tawaranku.."

Ini bukan pilihanku. Allah telah berfirman, Rasul sudah menyampaikan.

"Hanya sebentar, Ilah itu Maha Penerima Taubat"

Pencabut nyawa tersenyum sinis..

Suara itu kelihatan emas, seakan melihat mahkota, gah di alam maya..

"Hanya sebentar.., aku menerima tawaranmu.."

Maka terbintiklah dakwat gelap itu di hati.. menyuramkan iman yang kian menyepi..



"Dan sungguh, Kami telah menguji orang2 sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui org2 yang benar dan pasti mengetahui orang2 yang dusta"- Al Ankabut 3

Monday, November 3, 2008

Kesolehan Isteri Syuraih Al Qodhi

Bismillahhirahmanirrahim..
Asy Sya’bi adalah sahabat kepada Syuraiah dan ia pernah bertanya tentang kehidupan rumah tangga Syuraih. Jawab Syuraih,


“Sejak aku berkahwin 20 tahun yang lalu, isteriku belum pernah membuatkan aku marah padanya. Pada malam perkahwinan kami, aku lihat isteriku sangat cantik sekali dan tidak pernah aku lihat wanita secantiknya maka aku terus mengambil wuduk untuk solat sunat 2 rakaat sebagai tanda syukur. Bila aku memberi salam aku lihat ia juga turut solat bersamaku”
Kata isteriku kepadaku,
“Wahai Syuraih, aku adalah wanita yang asing dan aku tidak tahu akan akhlak dan kehidupanmu. Oleh itu beritahulah apa yang kamu suka supaya dapat aku laksanakan dan apa yang kamu benci supaya aku tinggalkan. Siapakah diantara tetanggamu yang kamu suka bila mereka berkunjung supaya dapat aku izinkannya dan siapa pula yang kamu tidak suka supaya aku dapat melarangnya. Sungguhpun ramai lagi wanita dari kaummu yang layak bagimu tetapi pertemuan kita ini adalah dengan takdir Allah”

Suatu hari bila aku pulang dari kerja aku dapati ibu mertuaku telah berada di rumah tanyanya kepadaku,

“Bagaimana kamu menilai isterimu ?”

Jawabku,

“Alhamdulillah, isteriku adalah wanita solehah” Kata mertuaku, “Tidaklah seorang suami itu menderita di rumahnya sendiri bila memiliki seorang isteri yang manja. Oleh itu didiklah isterimu dengan perilaku yang baik seperti apa yang engkau kehendaki

Sunday, November 2, 2008

5: Sebuah Kenangan

Tika itu, hujan..

rintis-rintis.. sayu. Badai mendayu lembut..

Ianya sebuah kenangan..

Berdiri di titian rumput, di tengah jannah dunia.

Diiring sutera putih, nur senyuman itu menunduk.. lilitan mahkota dirinya seakan mawar putih yg malu.. labuhnya putih yg melindungi iman dan ihsan.. jernih di bawah tangisan awan. Dihela usapan angin.

Salam,

Salam.

"Kita ini dariNya pasti, dan dari dalam baratmu..." tuturnya perlahan.
Kita tahu dunia ini cantik, indah sgt.. namun..
"Dunia itu perhiasan,.. n seindah hiasan adalah wanita solehah" hikmah insan agung dikhabarkan tenang.

Benar. Erti?

Suatu hari, jika diizinkanNya. Daun takdir telah tertulis. Akhi akan menjumpai kita.

Mungkin..

InsyaAllah.

Di saat itu..

Peliharalah kita, kerana kita adalah sayap kirimu.

Luruskanlah kita sehalusnya. Kita ini dari dalam syimalmu. Bisa patah, namun bisa begitu selamanya.

Didiklah kita, bimbinglah kita. Kita ini menyelamatkan sebahagian agamamu. InsyaAllah bersama celupanNya, mncerahkan seufuk Dinmu.

Kita ini amanahmu...

Untuk dimuliakan, laisa bebanan.

"Yang pasti, kita ini dirimu.." senyumannya kian mekar.

Hujan masih rintis..

Tersirat? Hati ini menyurat..

"Al-Khabisat itu untuk Al-khabisun, Al-khabisun itu untuk Al-khabisat.
At-toyyibat itu untuk At-toyyibun, At-toyyibun itu untuk At-toyyibat" dia membisik An-Nur, cahaya yg ke 26.

Namun, dunia ini hanya sebentar. Keluhan tidak, aduan mungkin.

Tertawa kecil.

"Bersabarlah.. kerana sabar itu cantik. Nilai sabar itu seni, x akan luput. malah terus menghijau.
Tiada di sini, ada di sana.."


Sayup dingin hujan mngerti, di sana lebih damai..

"dan mereka diberi azwaj yang suci, mereka kekal di dalamnya, selama2nya"-AlBaqarah, 25

tersenyum lagi..

Dari Al-waqiah dia terus menguntai, 35-37 mnjadi pilihan.

"Kita di sana dicipta secara lansung, kita di sana abkara, kita di sana penuh sevgi. Kita sebaya" dia terus meraikan..

Untuk golongan kanan.. Berusaha ya." tiupan semangat didorong.











dan kini, aku rindukan hujan..

Saturday, November 1, 2008

4: anugerah terindah

"Wahai Rabb yg maha menemani, anugerahkan diriku Saiyyidina Abu Bakar.."

Mustajab, hadirnya dia...

Tenang, bicara zikir mengalir lembut. Mengusap setiap yang singgah, membelai setiap yang merah..

Uhibbuka fillah..

Uhibbuka ma yuhubbu li nafsi..

Senyuman segar..

Ku menghayati kami adalah istana, sekukuh tembok. Dia menyokongku, aku pasti berbuat yang sama.

Ku hirup tautan ini adalah adalah sejasad.
Kehibaannya, tangisanku. Pilunya, sayuku.


Sedetik, seakan ku terdengar Nabi bermadah. Bukan bersyair, malah bersabda..

"Seorang Mukmin adalah cermin kepada mukmin yg lain. N seorang Mukmin adalah saudara kepada Mukmin yg lain"

Aku melihat diriku di celahan jujur dirimu ya akhi...

Senyum lagi.. lebih damai. Sedetik, bersuara lembut, tapi tegas.

"Kita akan seiring dalam denai kasar mncari syurga. Dalam meniti syahid. N di sana, alam tidak bermasa, ku pasti mendambakan senyum teman di sisi."


Ini panjiku, kerna ini janji Tuhanku.

"Dan orang-orang yg menghubungkan apa yg diperintahkan
Ar Ra'd 21
"Orang itulah yg mendapat tempat kesudahan yg baik
Ar Ra'd 22
"Syurga2 'Adn
Ar Ra'd 23
"Maka alangkah nikmatnya tempat kesudahan itu..
Ar-Ra'd 24


Berilah daku peringatan wahai sahabatku,

Wahai anugerah terindah yang pernah kumiliki..

Thursday, October 23, 2008

3: Impian org yg sedang bermimpi..


"Sekarang aku di mana? Ianya terlalu sama.. n, aku jadi sgt keliru.."

termenung....

...........

Di sana aku mengimpikan segala2nya.. n ianya sgt indah.. impian aku x akan berhenti.. menginginkan semuanya..

tapi sekarang,.. aku telah terjaga.. hilangnya apa yg aku ada, lenyapnya apa yg aku miliki..

aku keliru, ianya sama dengan sekarang..

Mendung sebentar, kembali dengan snyuman.

"Mimpi.. ianya, x akan kekal.. impian di sana hanya khayalan. mgimpikan seribu kenikmatan.
sahabat, bila terjaga. terpadam semua. n ini yg nyata.."

"Dunia itu segar, n mghijau.. dan Allah mnjadikan kamu sbgai pengganti di dalamnya. maka Allah akan melihat apa yg kamu lakukan.. maka takutilah dunia" -hadis

Maka benar kelirumu..

Ini Mimpi, nyatanya akhirat.

Ini sebentar, abadinya akhirat.

Ini tanaman, tuaiannya akhirat.

Ini hiasan, indahnya akhirat.

Ini palsu, benarnya akhirat.


fatamorgana,
kosong.. bebas dari segala. seni yg sukar difahami.. tiada..

"dan (ingatlah) pada hari (ketika) Allah mengumpulkan mereka, (mereka merasa) seakan-akan tidak pernah berdiam (di du
nia) kecuali sesaat saja pada siang hari, (pada waktu) mereka saling berkenalan. Sungguh rugi orang yg mendustakan pertenuan mereka dengan Allah, dan mereka tidak mendapat petunjuk."-Yunus 45

Bgnlah.. berhati2 dgn mimpimu, agar bahagia di sana.. di celah rimbunan dedaun emasnya putih..

Wednesday, October 22, 2008

2: satu kebenaran..


"Wahai si penyenyum, kenal lah Ilahmu.. Untuk mncari dirimu.. n janji yang telah dilupakan.."






Berjalan..

Ini pasti tuhanku..
Semua org mencarinya, melupakan segala..

Siapa?

harta..

Habis

Aku tidak suka benda yang habis..

Pangkat..

Ini tuhanku, ini lebih hebat..
Semua menyembahnya, menggadai nyawa utk memilikinya..

hancur, hilang, runtuh..

Tidak! Tuhanku tidak akan hilang..




"Teruskan pencarianmu saudaraku.. dikurniakan seindah pohon, akar yg menunjang... sahabat, gunakannya untuk melihat.."

...............





Mereka memujanya, mengabdi diri kepadanya..
cantik, amat menawan..

Wanita?

pudar,. sepi..

Sungguh, jika Tuhanku tidak mmberi petunjuk kpdku, pastilah aku termasuk orang2 yg sesat..

maka bergema Al-An'am, untaiannya yg ke 79

"Aku hadapkan wajahku kepada (Allah) yg mnciptakan langit n bumi dgn penuh kepasrahan (mgikuti) agama yg benar, n aku bukanlah termsk org2 musyrik"

sesyahdu hamparan samudera.. hati berbisik tenang..

"amantu billahhi warusulih.."

Monday, October 20, 2008

1: Dunia..


Selamat datang akhi, ini dunia batu kaca..
Jalan ini sibuk, siapapun x akan berhenti.. siapapun x akan peduli.. x akan berpaling..

Kota ini sesat, dan bnyk yg tertipu..

berwaspadalah wahai saudara, bertaqwalah wahai hamba Allah..

caranya?

Allah telah berfirman, Rasul telah bersabda..

peganglah ia.. kerana dunia ini sgt indah.. manis, n mghijau..

"Ketahuilah bahawa dunia ini dilaknat, dilaknat segala apa di dalamnya.. Kecuali yg berzikir kepada Allah Ta'ala, n yg seumpamanya. Yg mgajar, n yg belajar" -riyadhus solihin

hati-hati..

pasti...

Dengan kuasanya,..

"Kun fayakun!"

maka terjadilah, lahirlah..

Alunan suara memuji tuhan dialukan..
dari lisan peminjam lisan, asbabnya kehadiran..
2 jiwa yg wajib untuk dihormati.. kerana cinta mereka.. wujudnya di sini..

terpandanglah segala kefanaan n keindahan..

Seketika, beralun lembut seiring makhluk tuhan yg menyisir..

"Bangunlah, tegakkan agama.. n tadbirlah dunia dengannya...."

Sunday, October 19, 2008

Prolog: dan Allah menciptaku..


"Alastu birobbikum?"


Qolu.. "bala, syahidna.."















Sudah bersediakah Wahai ruh yg suci?.. ingatlah firman Rabbmu,

"wama kholaqtul jinna wal ins, illa laiya'budun.."

"tidak aku jadikan jin dan manusia, melainkan beribadah kepadaKu.."

Kamu sudah berjanji, maka kamu mesti tunaikan..

Aku sudah berjanji, maka pasti aku tunaikan..

Allah tuhanku.. maka kepadanya aku bersembah..

Allah.. Allah.. Allah..